Sabtu Ahad lepas syok gile....
Berkomunikasi ngan kawan2 lama masa sekolah....
dr tingkatan satu sampai tingkatan 5....
perrrgghhhh....
Mmg henpon lekat kat plug saje la sebab batt cepat habis....
Hebat - hebat kawan2 semua....
Bangga dengan kejayaan kawan2 walau diri sendiri tiada kurangnya...
kekekekkekekee....
Ade yang jd timbalan dekan....
ade yg jd manager bank....
businessman/women.....
pegawai kerajaan macam aku.....
surirumah pun ade....
hebattt....!!!!
Semua dah berjaya dalam hidup masing2....
Tak sabar nak tgu reunion bulan 6 nie.... kekekekekee
shimmerz*ramli181
Monday 7 April 2014
Monday 21 January 2013
Friday 14 December 2012
Kenali Perihal Tangisan Bayi
Share on facebook
Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 4 Disember 2012
Tarikh: 4 Disember 2012
Bagi yang pertama kali bergelar ibu pastinya pelbagai perkara mengenai perihal bayi mesti diketahui termasuk perihal tangisan bayi. Tahukah anda setiap tangisan bayi mempunyai pengertian yang berbeza. NORHASLIZA YUSOFF mendapatkan jawapannya daripada Perunding Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah bt Mohd Habib mengenai rahsia tangisan bayi anda.
“Saat hamil kali pertama dahulu, seringkali saya menerima pelbagai nasihat percuma daripada “pakar-pakar” tidak bertauliah tentang 1001 perkara berkaitan bayi. Antaranya: “ Kalau anak kau menangis nanti jangan asyik nak angkat dukung saja. Nanti budak tu jadi mengada-ngada nak di dukung selalu”.
Saya yakin ramai juga di luar sana pernah menerima nasihat yang serupa.
Soalnya: Perbuatan kerap mengangkat atau mendukung bayi yang menangis akan menjadikan bayi kuat menangis dan mengada-ngada, mitos atau fakta?” - Uswatun Hasnanah
Respons Vs Cry it out
Tahukah anda secara amnya, terdapat dua pendekatan popular yang di guna pakai di dunia apabila berhadapan dengan tangisan bayi?
Kumpulan Pertama:
Ibubapa yang akan memberi respons segera setiap kali bayi menangis.
Kumpulan Kedua:
Ibubapa yang percaya dan mengamalkan kaedah cry it out (CIO) , (juga dikenali sebagai controlled crying). Pengamal CIO membiarkan bayi menangis atau mengabaikan tangisan bayi dalam tempoh waktu tertentu sebelum memikirkan untuk memberi respons terhadap tangisan tersebut. Pengamal CIO percaya kaedah ini dapat mendidik anak supaya tidak memanipulasi tangisan sebagai alat untuk menarik perhatian, berdikari untuk menenangkan diri sendiri serta belajar untuk menangis ketika perlu atau pada waktu yang sesuai sahaja.
Adakah tangisan itu suatu perkara yang negatif?
Umum mengetahui bahawa tangisan adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Bayi tidak berfikir untuk menangis atau sebelum menangis. Menangis adalah tindakan refleks.
Tiga sebab utama bayi menangis.
Pertama:
Untuk menyatakan keperluannya seperti lapar, mengantuk atau ingin sendawa. Setiap keperluan asas ini diwakili oleh tindakan refleks yang berbeza yang berlaku secara semula jadi di dalam badan bayi. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks yang sedang mengambil tempat di dalam badan bayi, maka bunyi yang unik dan tersendiri akan dihasilkan. Ia serupa dengan fenomena sedu, sendawa, menguap, bersin atau batuk yang dialami oleh orang dewasa. Bukankan semua fenomena itu berlaku secara spontan dan datang dengan bunyi yang tersendiri?. Perbezaannya hanyalah bayi tidak pandai mengungkapkan keperluannya dan untuk itu, bayi menangis bila keperluan yang cuba disampaikannya tidak fahami atau gagal diberikan.
Kedua:
Bayi menangis untuk memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Ia seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat.
Ketiga:
Kadang kala bayi menangis hanya kerana ingin dipegang, di dukung, di belai atau diberi perhatian. Ia mungkin bukan satu keperluan harian orang dewasa tetapi ia adalah keperluan harian penting bagi bayi. Tanyalah kepada mana-mana pakar dan mereka akan memberitahu maha pentingnya belaian dan sentuhan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan intelektual bayi.
Atas semua sebab yang telah dinyatakan, perlu diketahui bahawa memberi respons kepada bayi yang menangis dengan apa cara sekalipun tidak akan sekali-kali merosakkan bayi atau menjadikannya seorang yang mengada-ngada. Bayi kecil tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam. Jadi belailah bayi anda apabila dia menangis.
Tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi
Sama ada anda pengamal CIO atau sebenarnya tidak pernah tahu akan kewujudan istilah tersebut, satu fakta penting yang harus diketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi.
Sains memberitahu kita bahawa bayi akan merasa panik dan resah bila dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian. Lebih daripada itu, ia amat memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi.
Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini:
1.Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia di dalam otak
-Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon Kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr. Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.
-Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10X ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder). Iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran sosial yang lemah.
2.Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial
-Pasukan Dr Rao dari National Institutes of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan ( tetapi bukan di sebabkan kolik) pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan.
-Para pengkaji di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati, bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan.
INFO
Alat bantu anda
Terdapat banyak cara untuk membantu orang yang terlibat dalam penjagaan bayi anda dalam memahami tangisan bayi. Salah satu caranya adalah memperkenalkan sistem Dunstan Baby Language: iaitu sistem yang mengajar mentafsir maksud tangisan bayi dengan tepat berdasarkan bunyi-bunyian pra-vokal yang dihasilkan bayi sebelum memulakan tangisan. Bunyi-bunyian pra-vokal ini dihasilkan oleh tindak balas refleks dalam badan bayi dan merangkumi lima bunyi rutin bayi iaitu lapar, mengantuk, ingin sendawa, tak selesa dan kembung perut. Mereka hanya perlu menonton DVD Dunstan Baby Language yang mengandungi sampel kelima-lima tangisan bayi yang disebutkan. Berlatih mendengar berulang kali sebelum membandingkannya dengan tangisan bayi anda. Terdapat juga penerangan ringkas bagi setiap bunyi, cara-cara menenangkan bayi bagi setiap tangisan yang dilakonkan semula oleh pakar serta tip berguna. Ingat! Tangisan bayi itu tak mengapa namun membiarkan bayi menangis sendirian itu suatu masalah.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Disember 2012)
Thursday 13 December 2012
MAU BELI BAJU ANAK ONLINE? SILA IKUT UKURAN INI
Estimated weight & length
* bodysuits have been designed to fit snugly. If you'd like your babies to wear them loose, please opt for bigger size. **
6M - Chest: 21cm, Length: 36cm
9M - Chest: 21.5cm, Length: 38cm
12M - Chest: 22.5cm, Length: 41cm
9M - Chest: 21.5cm, Length: 38cm
12M - Chest: 22.5cm, Length: 41cm
18M - Chest: 23.5cm, Length: 43cm
** Chest area was measured without stretching the bodysuit. The material is stretchable
** Chest area was measured without stretching the bodysuit. The material is stretchable
Creadit for ---- haibibi.blogspot
Tuesday 11 December 2012
ALAHAI INTAN PAYUNG
Well semalam dan hari nie start hantar Intan Payung ke pengasuh baru..... Memang la jauh siket dari rumah tapi demi Intan Payung, aku gagahkan jugak. Alhamdulillah, walau pun Intan Payung nanges2 jugak.... tapi tak la sampai berpanjangan macam kat rumah Nora.....
Mungkin betul Nora kata yang Intan Payung macam trauma n takut sebab dah biasa kene biar jerrr kat rumah pengasuh lama..... Mungkin jugak....
Alhamdulillah jugak pengasuh baru nie jaga budak2 yang dah cerdik siket dan besar siket dari Intan Payung, so takde la Intan Payung terbiar saje. N kebetulan anak2 kak ani nie pun ade di rumah sebab cuti sekolah.... so ramai la yang melayan Intan Payung. Suka la dia.....
Hari nie, 11 Dis 2012 (Selasa) aku p hantar Intan Payung, kelakar sangat dia bila nampak pengasuh dia tue. Dia peluk aku kuat2 x nak lepas sebab tau yang dia akan kene tinggal di situ. Aku sedeh jugak tapi aku perlu pikirkan karier ku ini.
Tp Alhamdulillah, sekejap jer dia macam tu, lepas kakak2 kenit dia datang main ngan dia, aku say good bya pun dia buat tak tau jerrr.... hehehehehehheee...... hai la Anak. Intan Payung buah hatiku....
Ya Allah ku mohon Kau lindungilan zuriatku dari bala bencana dan bahaya. Kurniakanlah zuriatku itu dengan kesihatan, kepintaran dan keimanan Ya Allah Ya Rahim..... Aku merayu Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang....Aaamin.....
Mungkin betul Nora kata yang Intan Payung macam trauma n takut sebab dah biasa kene biar jerrr kat rumah pengasuh lama..... Mungkin jugak....
Alhamdulillah jugak pengasuh baru nie jaga budak2 yang dah cerdik siket dan besar siket dari Intan Payung, so takde la Intan Payung terbiar saje. N kebetulan anak2 kak ani nie pun ade di rumah sebab cuti sekolah.... so ramai la yang melayan Intan Payung. Suka la dia.....
Hari nie, 11 Dis 2012 (Selasa) aku p hantar Intan Payung, kelakar sangat dia bila nampak pengasuh dia tue. Dia peluk aku kuat2 x nak lepas sebab tau yang dia akan kene tinggal di situ. Aku sedeh jugak tapi aku perlu pikirkan karier ku ini.
Tp Alhamdulillah, sekejap jer dia macam tu, lepas kakak2 kenit dia datang main ngan dia, aku say good bya pun dia buat tak tau jerrr.... hehehehehehheee...... hai la Anak. Intan Payung buah hatiku....
Ya Allah ku mohon Kau lindungilan zuriatku dari bala bencana dan bahaya. Kurniakanlah zuriatku itu dengan kesihatan, kepintaran dan keimanan Ya Allah Ya Rahim..... Aku merayu Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang....Aaamin.....
Tuesday 4 December 2012
BAIK PUNYA PENGASUH
BERHADAPAN DENGAN KEPAYAHAN MENCARI PENGASUH OR TASKA BARU MEMANG MEMENATKAN...... ini la akibatnya memilih pengasuh yang keje dia asyek cuti saja menyebabkan aku naik menyampah nak hantar ke pengasuh tue lagi......
ditambah pulak dengan kerja ku yang asyek out station ini dan dia yang asyek nak cuti saja, berapa kali la sangat Intan Payung duduk kat umah dia....... Bulan Oktober 2012, aku p Thailand dah seminggu, tambah pulak dengan seminggu lagi tak hantar sebab my mom ade kat rumah, tambah pulak pengasuh ade amik cuti 3 hari sebelum tu...... so berapa hari sangat aku hantar? tapi takpe, aku bayar jugak penuh sebulan ie RM300.00 takpe la dia jaga anak aku kan.....
Tetiba yang aku paling hangin nie bulan November 2012 nie..... hantar 2 hari je kot kat rumah pengasuh.... sebab aku p outstation Sarawak, Johor, terengganu n pahang (AKU MEMANG KALO OUTSTATION WAJIB BAWAK INTAN PAYUNG SEKALI) ditambah pulak dengan pengasuh minta cuti sebab bapak masuk sepital.... takpe la...... tapi tetiba pulak pengasuh anto msg minta buat bayaran sebab dia gaji bulan bukan hari (pepaham la kan maksud dia) KATANYA kalo tak sila amik semua barang2 anak aku di rumah dia.
Eleh aku lambat siket je kot, Isnin baru 3 Dis 2012, disebabkan msg tue, aku terus sakit hati n tak bayar sampai hari ini. Dia ingat aku tak mampu la nak bayar kot.... Tp aku rasa dia yang sangat despere sebab duit dah tak ada.
Memang aku takkan halalkan duit RM 300 yang aku bayar untuk bulan November 2012 ni.
Menyusu Badan Membuat Kanak-kanak Lebih Cerdik
Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.
“Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.
Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.
Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.
Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.
Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.
Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.
Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.
Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.
Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.
“Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.
“Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.
Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawab terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
creadit to: susuibu2u.blogspot
Subscribe to:
Posts (Atom)