Wednesday 26 September 2012

AKIBAT BERJAUHAN DARI INTAN PAYUNG SELAMA 5 HARI

Alhamdulillah 
setelah 5 hari 5 malam berjauhan dari Intan Payung.........
setelah berpengalaman merasai keperitan bengkak susu.......
setelah menderita mendengar cerita Intan Payung dok nangis merindui ku....
akhirnya aku pulang ......
Paling seronok..... bila jumpa Intan Payung malam tu, terus dia nak nenen ........
tp malangnya susu ku kering....
waaaaa........!!!!!!!!!

malangnya.......!!!!!!!!!!!!!!

masa berjauhan.... sgt byk keluar sbb mmg selalu Intan Payung habiskan......

ini dah balik....tanak keluar pulak.....
merajuk kot..... yea la sepanjang lima hari di Thailand...... 2 hari pam pakai tangan jeee..... 1 hari tak pam sbb saket sgt..... 2 hari terakhir baru jumpa pam manual harga rm50 yang brand ntah pape..... tapi punya seksa sbb dah bengkak n berketul2...... hohohohoohooo......

Alhamdulillah berkat kesabaran Intan Payung dan usahaku memakan buah kurma n longan dengan banyaknya..... hari Ahad malam Isnin dah ada banyak balik.....

Sukanya....
Alhamdulillah n terima kasih Allah atas anugerah Mu......
Maritza pun dah tak nanges2 lagi dan sentiasa senyum dalam tido ...... kekenyangan kot.....
Alhamdulillah.....

6 Kelebihan Penyusuan Air Susu Ibu Kepada Bayi




            Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.
         Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.
1. Kandungan protein yang tinggi.
Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.
2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.
Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.
3. Mengurangkan jangkitan usus.
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.
4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.
Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.
5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.
Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.
Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebih daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.
Maka apa yang perlu anda lakukan?
               Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan.

Sumber: http://psipum.org  n susuibu2u.com

Thursday 6 September 2012

KO SAJE YANG BUAT KEJE KAN.........

ok.... sangat belagak ko kan....... pe cerrr kate ko je yg buat keje? betul ke kerani je yg buat keje? pegawai dok goyang kaki je eh? banyak la ko punya cengkadak. suruh ko buat keje lebih sket dh berkira.bising mengalahkan ape jerrrr.  ko ingat ko la betul kan? lame dh aku berbulu ngan ko tp aku rasa xperlu kot aku jatuhkan martabat aku sbg pegawai yang bertungkus lumus buat keje, jadi same taraf ngan ko kan.

Ko tunggu je la kan, aku berazam sangat sangat supaya aku keras hati so aku tak payah tolong ko dah. ko buat la keje tu sendiri........

NI MAKNANYA AKU DAH SANGAT BEBULU NGAN KO........