Monday 26 March 2012

KELAHIRAN PUTERI SULUNG KU

Alhamdulillah setelah berhempas pulas sejak jam 3am tadi, aku selamat melahirkan baby girl secara normal........ berat baby 4kg dan panjang 53cm........ 

Alhamdulillah atas kurniaan mu Ya Allah..... 

Kelahiran anak ini dibantu dengan 2 kali induce memandangkan induce pertama tidak begitu memberangsangkan........ Sangat bersyukur mampu bertahan untuk bersalin secara normal walau sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Walau dinasihat oleh bidan untuk guna epidural, Alhamdulillah aku mampu bertahan untuk tidak menggunakannya....... 

Rasanya inilah berkat keazaman dan keteguhan hati yang mmg telah bersungguh sungguh diniatkan untuk bersalin normal sejak tahu mengandung. Aku cuma mahu berjuang di jalan Allah dan merasai kesakitan yang di alami oleh Siti Aminah bonda Rasullullah swt semasa melahirkan baginda.

Rasa teruja sangat bila baby dah keluar nie..... namun rasa sgt risau mampukan aku menjadi Mommy yang baik dan mampu membentuk zuriatku menjadi umat yang beriman dan bertakwa...... hadoiii..... risau risau....

Baby belum turun lagi dr bilik baby. Mungkin tgu aku sedar dari pengsan yang panjang almost 2 jam. Akibat doktor nak menjahit laluan yang dikatakan beliau koyak dalam dan besar. huhuhuhu.....

Terima kasih kepada Hubby, mak, adik yang n Atie kerana setia bersama dan menunggu di Az Zahrah sampai Kak Long selamat melahirkan.......



No comments:

Post a Comment