Sunday 5 February 2012

Rasa sangat menyesal pegi Hospital Khamis lepas..... Dah la tunggu berejam..... last2 dapat date utk jumpa doc sebulan dari sekarang itu pun jumpa general doc jer..... Bukan ke aku dah bawak surat rujukan dr Klinik Kesihatan.... takkan kene tunggu sampai sebulan baru nak cek apa yg tak kena kot...... Kalo mende tak serius, mustahil la general Doc kat KK suruh p rujuk kat spital kan....? Kalo tak serius buat apa aku kene rujuk kat spital...??? Saje nak buang masa aku eh...
•*¨*DOA KETIKA MENGANDUNG*¨*•.¸¸


Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam


✿ AMIN~





ehsan dari fb Kisah Wanita